Wednesday 22 February 2012

salam....

Dah lama aku meninggalkan dunia blog...Tapi, ajakan seorang sahabat untuk ber blog semula, membuatkan aku rasa ingin mencuba..kalau2 aku mampu bercerita mcm dulu. Blog yang lama...walaupun teramat banyak kenangan manis, dah pun aku private kan....

Tahun 2012 - terasa seperti cepat benar masa berlalu. Dengan buah hati kami..Irdina Adzim, Aliyyah Adzim juga Muadz Adzim....hidup terasa sangat singkat. terlalu banyak yang ingin di gapai bersama mereka..biar mereka melalui hidup ini dengan serba indah..Biar kejayaan dunia dan akhirat mengiringi hidup mereka.


Segala yang pahit,anggaplah hanya sebagai penyeri kehidupan..jangan kita sibuk memikirkan kerana, Allah yg maha berkuasa..Dia telah mengaturkan segalanya untuk kita. Yang perlu kita buat..bersyukur,kerana masih berpeluang menikmati hidup..masih mampu bernafas dgn selesa di bumi Allah ini.

Alhamdulillah....aku ingin jadi insan positif,yang sentiasa memandang setiap kejadian dgn rasa positif. Dan aku mulakan Blog ini dgn lafaz..Bismillahirrohmanirrahim...

1 comment: