Thursday 23 February 2012

Bahagia kita berbeza

Bahagia itu mahal harganya...tapi, mintalah dgn Allah. Kita berusaha..dia yg menentukan. Kami satu keluarga sering mencari xtvt utk dilakukan bersama. Life is too short..jadi, masa yang ada kita gunakan untuk bersama orang2 tersayang selagi di beri kesempatan...Semoga apa yang kami lakukan akan di berkati Allah..dan selagi Allah kata kita akan bahagia..bahagialah kita...walau apa dugaan melanda

Tak pernah ada dalam pengetahuan kami yang wujudnya Bukit Puchong di kawasan Puchong atau lebih di kenali dgn Hutan Simpan Ayer Hitam.Dengan kehijauannya..dgn air terjun yg warna biru kehijauan..aduhai, memang melambai2 rasanya nafsu nak mendaki ke sana. A'ash, along & angah mesti suka..budak2 tu dah mengikut banyak minat mama & ayah yang sukakan aktiviti luar dan agak lasak.

http://www.meetup.com/KLhiking/photos/4515632/#73525072


Orang kata..semua orang inginkan bahagia..kami juga ingin bahagia. Tapi, kita bahagia dgn cara kita sendiri. Mungkin kita ingat orang yg banyak duit itu bahagia..tapi, hakikatnya, hanya kita saja yang tahu. Biar apa orang kata tentang kami..kami ada cara kami untuk menikmati hidup ini. Insyaallah..anak2 kami ajar untuk menghargai bumi Allah ini..menikmati keindahan alam semulajadi.Cukuplah selama ini mereka di dedahkan dgn shopping complex,panggung wayang...sekarang biar mereka tahu yang mereka boleh juga enjoy life dgn alam yang tersedia utk di nikmati...Jom ..kita mendaki lagi

No comments:

Post a Comment