Wednesday 22 February 2012

Sahabat..percaya itu mahal harganya

Seawal pagi, seorang sahabat datang mengadu. Sedih katanya bila ada orang meragui yang dia benar2 sakit..sedangkan surat sakit dah di tunjuk...siap kena admit lagi di hospital. Aku diam..cuba memahami.

Yerlah..sakit itu datang dari Allah,siapa lah kita yang mahu menghalangnya. Ada orang sakit setahun sekali, seminggu sekali..tapi ada juga yang tak pernah sakit..he..he..mcm Firaun. Untungnya sakit ni kerana ianya mampu menyingkir dosa2 kecil yg kita lakukan. Tapi, kalau asyik sakit , susah juga especially kalau kita yg bekerja ni.

Nasihat aku padanya..tak apalah. Hanya Allah saja yang mengetahui..sebab kita tak mampu nak buat orang percayakan kita. Tugas kita, buktikan apa yg terjadi..selebihnya serahkan pd Allah utk menilai.

Tapi, sesekali cuba kita lihat pada diri kita..tanya diri kita. Kenapa mereka mula tidak percayakan kita..mesti ada sebabnya. Mungkin kita pernah buat sesuatu benda yg menyebabkan rasa percaya itu hilang? Tepuk dada tanya selera..hanya kita dgn allah yang tahu.

Apapun, utk semua kawan2 kat ofis ni..aku doakan kita semua sentiasa sihat walafiat...ceria2 selalu...dan senyum selalu...sebab kita kan baru dpt duit...he..he




No comments:

Post a Comment