Tuesday 28 February 2012

Damai....

Kata orang, Hijau melambangkan aman,damai...tenang. Tapi, aku rasa mcm semuanya sama jer..agaknya aku tak reti menilai seni....Hidup memang penuh warna warni..sebab itulah yg dikatakan kehidupan. Mana mungkin kita mendapat keindahan tanpa warna2 yg melakari dunia kita.

Kata Ustaz Kazem..Kalau kita membenci orang, janganlah keterlaluan..kerana mungkin satu hari nanti,orang itulah yang akan membantu kita..anak cucu kita..semua tu tak mustahil. Kadang2 kita cuba tidak membenci..tapi, hakikatnya itulah perasaan yang wujud dlm hati kita...huh, sudah ada titik hitam dlm hati kita. Padahal..kita tidak bersalah..tidak mengganggu ..kenapa kita yg harus menitip dosa dlm hidup kita?

Aku ingin terus tenang..damai..aman...aku ingin terus bersih dr dosa..walaupun kadang2 tidak mampu aku menahan desakan demi desakan...syaitan begitu bijak memainkan peranannya...Ya Allah, berikan kami kekuatan, ketabahan...Jangan kau sesatkan kami seperti golongan mereka yg terdahulu....

Apapun....mungkin benar,hijau itu lambang keamanan....


Benci

Hari ni tak tau nak tulis apa..jiwa kacau..Aku benci bila berperasaan begini....geram, tak puas hati..kosong..terpinggir...really. Its hurt so much. Mana kan boleh kita membaca perasaan orang..hati orang..Dan mana kan boleh kita mengubah hati orang...

Ya Allah..ajarkan aku supaya lebih bersyukur..menerima segala ketentuanmu...

Sunday 26 February 2012

Masa mengubah kita

Look at the below photo...anak2 kita comel2 belaka...bergambar tak kira rupa tu senget ke, tegak ke, asalkan dpt bergaya..cheeeseeee





Dan now, tengok yang di bawah..masing2 dah menginjak usia remaja. Dah pandai bergaya sikit2..time ni, mula dah nak ikut trend semasa..hip hop..K Pop..yg cowboy pun ada....


Apapun perubahan pada anak kita..kasih sayang kita pada mereka tetap mcm dulu..masih terasa seoalh2 baru semalam melahirkan...tu sebab ada anak2 kita especially lelaki dah mula malu2 kalau kita dok cium2 lagi derang...he.he.


Kehilangan

Aku berdiri di hadapan katil..tenang memerhati sambil di dalam hati aku terus berdoa agar along terus kuat ...Putera Sulung along mendakap ayahnya..sambil membisikkan kalimah Allah agar ayah terus di pelihara Allah hingga ke akhir hayat. satu2 puteri along tenang mengalunkan ayat2 suci Al Quran..dan yg bongsu, nampak keliru..letih..duduk di hujung kaki,sesekali mencium kaki ayah tercinta..Sesekali aku cuba memahami..apakah agaknya yg di fikir dek anak2 muda ini...menghadapi tubuh ayah yang hanya bergantung dgn mesin canggih ciptaan manusia..yang tentu2nya tidak mampu melawan kuasa Allah.

along bukan saja sepupu.malah..seolah2 abang kepada kami. Ayah kami berkongsi kehidupan sembilan bulan pertama di dlm kendungan yang sama. Along juga menghabiskan masa bekerja di zaman bujang di Sungai Siput..jadi, mmg dia byk menghabiskan masa dgn kami. Teringat aku bila abang Napi meminjam vespa along..membawa aku meronda satu kampung..tanda meraikan kejayaan aku dlm peperiksaan Sijil Rendah pelajaran...berdekah2 kami ketawa sebab aku mmg malu naik vespa.

Pandangan beralih pada Kak Long Lin..isteri Along yang sudah kering air matanya. Sudah berkali kali aku memberitahunya...Bertuah Kak Long dapat jaga along sakit..banyak pahala kak long...Saya doakan K Lin kuat dan saya juga minta K Lin redha kalau Along di takdirkan pergi. Sebab Allah dah beri yang terbaik utk K Lin. Alhamdulillah..dgn suara yg perlahan K Lin berbisik..Akak dah redha La..doakan akak kuat jer.

Lewat petang, Mak Ngah sampai..berkerusi roda menemui anak sulungnya yg terlantar. Semangat kental ku ..luluh juga akhirnya mendengar Mak Ngah..dalam keadaan  berbisik aku mendengar Mak Ngah mengampunkan dosa2 along..menghalalkan makan minum along..dr susu yang diberi hinggalah segalanya...Aku dengar Mak Ngah berpesan pada anak sulung along agar sentiasa membisikkan kalimah allah di telinga along.

Alhamdulillah..along meninggalkan kamii jam 12.30 thari , Ahad 26 Feb 2012..sebulan sebelum usia  along mencapai 49 tahun. Ya Allah..kau ampunilah dosa along kami...kau terimalah dia sebaik2 nya..kau peliharalah dia..peliharalah anak isterinya Ya Allah...Aku percaya, segala yang kau berikan ini adalah yang terbaik....

Sesungguhnya kehilangan kali ini adalah yang pasti..hilang yang tidak kembali..

Laila





Thursday 23 February 2012

Broga Part One

Dah lama kami tak beraktiviti lasak..bukan lasak sangat,tapi semi lasak. Kami dah bosan dgn shopping Complex..dlm ertikata lain, poket pun slalu kering sekarang..almaklum, dulu2 cuma mama yang pandai shopping, sekarang,mama dah punya saingan..yg bukan setakat boleh tahan..tapi, dah tak tertahan2...Along punya selera dlm bab menghabiskan duit ni..aduhai, dahsyat..apalah ilmu yang mama dah turunkan sepanjang dia di dalam perut...hanya allah,mama & ayah yg tahu...

Dengan semangat dr Kak Zie ( ipar) and Mira (anak buah)...kami pergi jugak Jan 2012 ari tu. Kalau orang lain pergi menikmati matahari terbit..kami pergi tatkala matahari dah pun agak terpacak 45 darjah..Almaklum, kehendak mata mengatasi segalanya. Kami bertolak lepas subuh..aku kata kat anak2...Kita nak menikmati keindahan ciptaan Allah..kenapa kita nak tinggalkan suruhan Allah pulak..Jom..jom ...semangat..semangat..

Nampak mcm tak der orang,padahal kat jalan tu, mcm pasar malam jer..orang dah nak turun..But, I love Malaysian..semuanya memberikan kami semangat..especially tengok kami bawak Aash...yang sungguh hebat & bersemangat


Letih..lelah..almaklum, tak exercise pun. Makan pagi pun sekadar seketul roti jagung. Cuaca gelap..mcm nak hujan. Tapi, kami mcm excited sebab berjumpa2 dgn orang2 yg positif..yang tua, muda,gemuk,kurus..semuanya best..

Aku & Along sampai dulu di puncak yg pertama. Ingatkan dah sampai..rupanya, ada lagi dua puncak..Bukit berkabus..sejuk..damai..nyaman...bestnyaaaa....Hilang segala masalah, tenang..aman...inilah orang kata, bumi Allah ini amat indah..kalau kita tahu menikmatinya...

Aash dapat kawan baru..abg Adam dgn ayahnya & unclenya. So,kami ada dua team yang masih cuba mendaki..diaorang pun firt timer mcm kami...ha..ha..Hari hujan..kami yang baru nak mendaki ke puncak ke dua..dah pun kena patah balik. Anak2 dah mula give up..tak larat nak teruskan pendakian..so, kami relax..tarik nafas..dlm hati berbelah bahagi...jalan licin, takut..mcm2

Dengan pujukan ayah, kami bergerak juga..tapi, Aash relax jer..kami memang take sweet time..jalan licin, seluar dah kotor..tapi, semuanya bersemangat..puncak Broga dah nampak. Nasib baik ada kawan baru..kami bekerjasama dgn baik..bantu membantu...memang best. And lastly..Puncak Broga kami tawan...

Mengapa yang tidak terjawap....

Pernah tak persoalan kita tidak terjawap? Mesti pernahkan....kadang2 kita sakit hati,marah..sebab kita sering di jelaskan, setiap persoalan, mesti ada jawapannya. setiap penyakit ada ubatnya...

Tapi, tahu tak kadang2 ada perkara yang Allah dah tetapkan, adalah lebih baik utk kita tidak mengetahuinya..walaupun memang kita naaaak sangat tahu kenapa, mengapa...Jadi,kita tanyalah sekuat mana,sehebat mana..tetap kita takkan dapat jawapannya.

Jadi, ajarlah diri kita untuk menerima ketetapan Allah. Ada perkara yang kita tidak perlu tahu..kerana ianya amat menyakitkan..Aku pernah melalui keadaan ini. Nak sangat tahu..memaksa utk di beritahu..kenapa,mengapa..apa alasannya..tapi, sekuat mana naluri ingin tahu kita .. sehebat mana paksaan kita..tetap tiada jawapannya. Lantas..aku mengambil keputusan untuk tidak tahu..kerana, mungkin tidak tahu itu adalah lebih baik...Dan sekarang,aku bersyukur kerana persoalan aku dulu, tidak di jawab..

Tapikan....aku percaya, satu hari nanti..semua persoalan kami akan terjawab...Tak kisahlah..berguna lagi atau tidak jawapan tersebut..yang pasti,akan terjawab.


SILA JAWAB SOALAN KAMI.....bukan sekarang, tunggguuuuu


Akukah Juwita itu??

Bersarapan pagi dengan 4 ketul roti jala,seketul ketayap dan seketul lompang. He..he..banyakkan. Itulah aku..tak ada ciri2 seorang juwita langsung...juwita kan makannya sikit,bersopan santun...

Semalam maid aku kata - kakak ni baik sangat, saya rasa saya taklah sesabar kakak...saya belum boleh buat sama macam apa yang kakak buat...Kalau saya jadi mcm kakak, mesti saya tak boleh hadapi benda macam ni - Yani, gadis Madura yang baru 2 bulan bekerja dgn kami bersuara sambil berkerut2 dahinya..

Sambil menggoreng ayam aku katakan...sebab tu Allah tak bagi kamu melalui apa yang saya lalui. Kan kita percaya, Allah akan membalas segala perbuatan kita setimpal apa yg kita lakukan...Kalau kita percaya dgn kata2 itu, pasti kita tak mampu untuk berbuat malah berniat jahat sekalipun. Masalah kita takkan selesai kalau setiap perbuatan jahat orang, kita balas jahat..dia balas semula, kita balas balik....Biar dia dgn perbuatan dia, kita balas jer dgn baik...lama2 dia akan sedar.

Itu jawapan aku di kala aku sangat rasional,lagipun, aku ingin maintain sebagai seorang majikan yang konon2nya berfikiran sangat matang ..mana boleh aku berfikiran sama standard dgn dia kan...ha..ha..riak ke??Tak kot..mcm kita dgn Boss kita..Boss mestilah hebat sikit... Kalau time aku tengah panas tu...jawapan aku sudah semestinya bertukar.Mesti aku akan kata , tak apa..satu hari nanti, Allah akan balas balik perbuatan dia, masa tu..tau le dia langit tu tinggi ke rendah...he..he..penuh dendam kesumat.

Kita kan manusia..yang penuh dgn emosi, kena lak kita ni wanita...yg sering melalui perubahan hormon..jadi, perubahan emosi itu ada alasannya, Tapi,apa pun perubahan yang kita buat..jgn sampai kita melanggar hukum Allah. Aku ingin menjadi seperti juwita yang lembut..menjadi wanita sempurna..utk ibu bapaku..suamiku,anak2 ku,sahabatku...dan semua insan yang aku sayangi....walaupun masih jauh lagi nak kejar impian itu, aku tetap akan cuba laksanakan...sikit demi sikit..jgn terus tak berubah..




AKUKAH JUWITA ITU?????

Bahagia kita berbeza

Bahagia itu mahal harganya...tapi, mintalah dgn Allah. Kita berusaha..dia yg menentukan. Kami satu keluarga sering mencari xtvt utk dilakukan bersama. Life is too short..jadi, masa yang ada kita gunakan untuk bersama orang2 tersayang selagi di beri kesempatan...Semoga apa yang kami lakukan akan di berkati Allah..dan selagi Allah kata kita akan bahagia..bahagialah kita...walau apa dugaan melanda

Tak pernah ada dalam pengetahuan kami yang wujudnya Bukit Puchong di kawasan Puchong atau lebih di kenali dgn Hutan Simpan Ayer Hitam.Dengan kehijauannya..dgn air terjun yg warna biru kehijauan..aduhai, memang melambai2 rasanya nafsu nak mendaki ke sana. A'ash, along & angah mesti suka..budak2 tu dah mengikut banyak minat mama & ayah yang sukakan aktiviti luar dan agak lasak.

http://www.meetup.com/KLhiking/photos/4515632/#73525072


Orang kata..semua orang inginkan bahagia..kami juga ingin bahagia. Tapi, kita bahagia dgn cara kita sendiri. Mungkin kita ingat orang yg banyak duit itu bahagia..tapi, hakikatnya, hanya kita saja yang tahu. Biar apa orang kata tentang kami..kami ada cara kami untuk menikmati hidup ini. Insyaallah..anak2 kami ajar untuk menghargai bumi Allah ini..menikmati keindahan alam semulajadi.Cukuplah selama ini mereka di dedahkan dgn shopping complex,panggung wayang...sekarang biar mereka tahu yang mereka boleh juga enjoy life dgn alam yang tersedia utk di nikmati...Jom ..kita mendaki lagi

Wednesday 22 February 2012

Sahabat..percaya itu mahal harganya

Seawal pagi, seorang sahabat datang mengadu. Sedih katanya bila ada orang meragui yang dia benar2 sakit..sedangkan surat sakit dah di tunjuk...siap kena admit lagi di hospital. Aku diam..cuba memahami.

Yerlah..sakit itu datang dari Allah,siapa lah kita yang mahu menghalangnya. Ada orang sakit setahun sekali, seminggu sekali..tapi ada juga yang tak pernah sakit..he..he..mcm Firaun. Untungnya sakit ni kerana ianya mampu menyingkir dosa2 kecil yg kita lakukan. Tapi, kalau asyik sakit , susah juga especially kalau kita yg bekerja ni.

Nasihat aku padanya..tak apalah. Hanya Allah saja yang mengetahui..sebab kita tak mampu nak buat orang percayakan kita. Tugas kita, buktikan apa yg terjadi..selebihnya serahkan pd Allah utk menilai.

Tapi, sesekali cuba kita lihat pada diri kita..tanya diri kita. Kenapa mereka mula tidak percayakan kita..mesti ada sebabnya. Mungkin kita pernah buat sesuatu benda yg menyebabkan rasa percaya itu hilang? Tepuk dada tanya selera..hanya kita dgn allah yang tahu.

Apapun, utk semua kawan2 kat ofis ni..aku doakan kita semua sentiasa sihat walafiat...ceria2 selalu...dan senyum selalu...sebab kita kan baru dpt duit...he..he




salam....

Dah lama aku meninggalkan dunia blog...Tapi, ajakan seorang sahabat untuk ber blog semula, membuatkan aku rasa ingin mencuba..kalau2 aku mampu bercerita mcm dulu. Blog yang lama...walaupun teramat banyak kenangan manis, dah pun aku private kan....

Tahun 2012 - terasa seperti cepat benar masa berlalu. Dengan buah hati kami..Irdina Adzim, Aliyyah Adzim juga Muadz Adzim....hidup terasa sangat singkat. terlalu banyak yang ingin di gapai bersama mereka..biar mereka melalui hidup ini dengan serba indah..Biar kejayaan dunia dan akhirat mengiringi hidup mereka.


Segala yang pahit,anggaplah hanya sebagai penyeri kehidupan..jangan kita sibuk memikirkan kerana, Allah yg maha berkuasa..Dia telah mengaturkan segalanya untuk kita. Yang perlu kita buat..bersyukur,kerana masih berpeluang menikmati hidup..masih mampu bernafas dgn selesa di bumi Allah ini.

Alhamdulillah....aku ingin jadi insan positif,yang sentiasa memandang setiap kejadian dgn rasa positif. Dan aku mulakan Blog ini dgn lafaz..Bismillahirrohmanirrahim...